Sunday, 4 September 2016

Pendaftaran Pelajar Baharu USM sidang 2016/2017

 
Harini baru berkesempatan nak kongsi cerita dan pengalaman semasa pendaftaran selepas 6 hari berorientasi dengan jayanya di Universiti Sains Malaysia.hehe. Memang aku akui letih dan penat tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan bantuan dan bimbingan daripada PPSL (Pembimbing Program Siswa Lestari). Setakat sakit kaki sikit-sikit tu biasalah tapi takdaklah sampai melecet. Still sihat dan kuat lagi kaki ni haa. haha

Pada hari 28 Ogos 2016 jam 12.30 tengah hari, kami bertolak dari rumah dan terus ke rumah zainisma, kawan aku masa SMKK sebab nak hantar hard disk dia yang aku pinjam tu. Lepas hantar, kami meneruskan perjalanan ke USM melalui Jambatan Pulau Pinang. Masa perjalanan tu memang hujan lebat jugaklah. Aku yang kat belakang ni nervous je. haha. aku pun taktau kenapa aku nervous.. Maybe sebab nak hadapi life baru kat U kut. haha

Kami masuk melalui pintu utama Sungai Dua dan terus ke Dewan Utama Pelajar untuk sesi pendaftaran. Pendaftaran dibuka pada jam 2.30 petang. Kami sampai kat situ lebih kurang pukul 1 petang lebih macam tu sebab jammed kat dalam USM. Kat luar tak jammed mana pun. Kami sempat singgah kat Masjid Al-Malik Khalid sebab mama cakap nak pergi tandas. Kat Masjid tu pun dah start jammed teruk. 

Lepas je dapat parking, kami terus keluar dan mula mencari pintu dewan DUP. Kat situ jugaklah aku terjumpa classmate aku, Ruris Rohaizat. haha. Then aku follow dialah ke DUP tapi pendaftaran dia kat bawah manakala pendaftaran aku kat tingkat atas mengikut desasiswa masing-masing. Parents aku tunggu kat bawah khemah yang disediakan je sebab orang tengah ramai dan sesak so aku pergi daftar sendri jelah. Aku pun tunggulah kat atas sampai pendaftaran dibuka. Buka je pintu semua pelajar terus berkumpul di papan kenyataan untuk melihat senarai nama di mana kaunter yang sepatutnya untuk daftar. Untunglah aku ni tinggi dan kurus, haha sempat jugak menyelit cepat-cepat dan tengok senarai nama tu. Yaa, nama aku dekat no 165 desasiswa Restu blok M02. Lepas je dah tengok terus ke kaunter huruf M > N dimana siapa yang nama dia no 105 hingga 175 perlu mendaftar di kaunter tersebut. Settle je daftar dia suruh tulis nama penuh dan no telefon di atas ketiga-tiga tag beg yang diberi dan dia bagi jugak satu kad biru iaitu kad rekod pendaftaran desasiswa Restu.




Dah settle tulis barulah aku terus turun bawah cari mama dengan abah untuk letakkan beg-beg yang aku bawak kat bahagian lori sebab beg-beg kami semua yang berat dan ala rupa peti ais tu akan dibawa oleh lori ke desasiswa masing-masing untuk memudahkan proses pengangkutan barang-barang yang berat ke desasiswa. Cari parent aku pun ambik masa jugaklah sebab cari tak jumpa. haha. ramai sangat orang. seriously, penuh dan padat!

Dah jumpa terus tag kertas yang dia bagi tu dekat beg. Aku ada dua barang je yang naik lori. satu beg luggage dan satu lagi storage box. Si baldi besar, si baldi kecik, beg galas dengan bantal kami bawak sendiri naik jejantas untuk menaiki bas di dalam desa RST. Desa RST terletak di bahagian luar kampus USM so, kami semua berasak-asak untuk menaiki jejantas. RST means Desa Restu, Tekun dan Saujana. Lepas dah berjaya melintasi jejantas, aku dan abah tunggu mama dan zulaikha yang ketinggalan di belakang. Yang teruk bawak barang ni aku dengan abah je. Mama just bawak si kecil, zulaikha. Warga PPSL pulak sudah memanggil-manggil semua orang untuk menaiki bas ke desa masing-masing. Mama pulak tak lepas-lepas lagi melintasi jejantas. Akhirnya aku membuat keputusan, aku menaiki bas seorang diri manakala abah tunggu mama untuk naik sekali. Kami berpisah seketika. Naik bas pulak orang last so kena berdiri lah. haha

Suasana kesibukan parents dan students.


nilah blok M02. blok kolej kediaman perempuan. Kalau lelaki M01.


Dah sampai je terus berasak-asak naik lif untuk mencari bilik asrama aku. Aku tanya la abang PPSL tu kalau bilik no 08-01B tu lif no berapa nak tekan. haha. actually aku taktau 08 tu refer kepada aras/tingkat. Desa Restu ni pelik sikit sebab lif dia no ganjil. Abang ppsl tu bagitahu aku suruh tekan no 7. Sampai je tingkat 7 aku terus cari bilik 08-01B. Rupanya dia terletak di bahagian hujung sekali dan aku perlu naik sedikit anak tangga sebab dia aras 8. bilik aku no 1 yang paling hujung sekali. Bilik kami macam cube, satu cube ada 4 bilik. Cube aku bilik 08-01 sehingga 08-04. Satu bilik dua orang so ada empat bilik bermakna 8 orang ni akan share satu bilik air. Masa aku sampai tu aku sorang je. Roomate aku tak sampai lagi. Kunci yang aku dapat masa pendaftaran tu terus diambil dan dibuka pintu bilik tersebut. Masuk je terus letak barang dekat katil B. Yang aku boleh perasan aku katil B sebab dekat almari tu ada tulis A dan B. 



pandangan dari tingkap bilik aku. haha




abaikan barang-barang aku yang berselerak tu.


yang berhadapan aku ni adalah bilik 08-04


Dah settle letak barang yang aku bawak, aku terus turun cari mama dan abah yang dah sampai kat depan desa restu blok M02. Lama jugaklah cari tak jumpa. haha. Selalu sangat terpisah.

Call cari, call cari setelah sekian lama akhirnya aku bertembung dengan mama dekat kesesakan orang ramai nak naik lif. Dah jumpa tu sempat lagi sembang then baru angkat barang dan terus naik lif ke bilik aku. Setelah lama berehat seketika sambil meninjau bilik asrama aku, barulah muncul roomate aku. Masa roomate aku mai tu, aku dan abah tengah test kunci almari. aku punya kunci tak boleh kunci pintu almari. Roomate aku yang bernama Zati tu pun sampai pada masanya. Kami terus berkenalan dan mula test kunci masing-masing. Rupanya kami tertukar kunci. hahaha. Dah settle semua, dia pergi ambil barang kat bawah dan kami pulak terus turun ke kafe sebab semuanya dah letih dan kelaparan. haha. Time tu dah pukul 4 lebih. Settle je makan semua, kami bersalaman dan mama abah pun tunggu bas untuk balik ke kereta. 



Aku pulak terus mencari ppsl perempuan untuk tanya pasal perjumpaan pelajar pada jam 5 petang. Last sekali kakak ppsl tu cakap semua berkumpul kat foyer desa Restu tingkat atas kafe. Actually taklimat tu tak bermula lagi sebab ramai student yang takdak. PPSL memberikan kebenaran kepada sesiapa yang tidak ambil beg yang dibawak oleh lori tadi untuk turun ambil dan semua perlu berpakaian formal untuk perjumpaan pelajar pada jam 6 petang.




Aku pun terus turun masuk bilik dan iron baju kurung dan tudung. Tak sempat nak tukar, siren dah bunyi dan kakak-kakak ppsl pun dah panggil suruh berkumpul kat foyer. Kat situ kami belajar buat sorakan dan mula berkenalan dengan ppsl Restu. Setelah selesai, kami diberikan masa untuk mandi, bersiap, dan solat maghrib dan kemudian kami diminta untuk berkumpul pada jam 7.30 malam. Setelah semuanya ada, kami mula berjalan kaki melintasi jejantas dan menunggu di hadapan DUP untuk menaiki bas ke DTSP (Dewan Tuanku Syed Putra).





Untuk malam pertama orientasi ini, kami diajar untuk membuat sorakan desa sambil menunggu kehadiran Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Profesor Dato' Dr. Adnan Hussein. Setelah Prof sampai dan majlis pun bermula, Prof memberikan ucapan dan memperkenalkan ahli-ahli HEPA di samping bercerita mengenai desasiswa dan USM. Setelah selesai, majlis kami terus bersambung dengan Forum santai bersama Prof Siva iaitu Ikon Patriotik Kebangsaan 2016 dan Abe Yoh. Forum Santai ni memang hangat mengenai isu merdeka, sehati sejiwa dan kebebasan jiwa anak muda. Kemudian disambung pula dengan kehadiran dan perkenalan bersama MPP iaitu Majlis Perwakilan Pelajar USM. Setelah majlis sambutan pelajar baharu ini selesai, kami berkumpul mengikut desa masing-masing dan berbaris untuk menaiki bas pulang ke RST. Setelah berjalan balik dari DUP ke RST, kami berkumpul kat atas foyer. Untuk pengetahuan, desasiswa Restu mempunyai pelajar yang paling ramai dan desasiwa Saujana hanya mempunyai students perempuan sahaja.

Kami berkumpul kat atas foyer untuk mendengar taklimat mengenai acara keesokan hari dan kami diberikan kad,tali dan jadual untuk aktiviti esok. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu K1, kumpulan 1 adalah student course sains manakala K2, kumpulan 2 adalah students course sastera. 1.30 pagi barulah kami diberikan kebenaran untuk pulang ke bilik masing-masing dan berehat. Aku pun cepat-cepat settlekan iron baju kurung dan tudung, kemas barang dan terus tidur. Letih setelah seharian dengan aktiviti pada hari first pendaftaran. Lebih kurang 2.17 pagi baru nak tidur. haha. Aku tidur tak berapa lena sangat sebab aku tak biasa tidur dalam keadaan yang gelap gelita. haha. thats me! 

Nak tahu apa aktiviti untuk hari kedua for orientation week USM? nantikan entri seterusnya. hehehe. tq for reading!



No comments: